TENTANG KAMI

Tentang Kami

Solar GO Energy merupakan sebuah syarikat yang berdedikasi dalam menyediakan penyelesaian tenaga solar yang berkualiti tinggi dan mampan. Kami menawarkan perkhidmatan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV), penyelenggaraan, serta penyelesaian tenaga hijau yang inovatif untuk kediaman, perniagaan, dan industri.

Dengan kepakaran dan pengalaman dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, Solar GO Energy komited untuk membantu pelanggan mengurangkan kos tenaga serta jejak karbon mereka. Kami menggunakan teknologi terkini dan produk berkualiti bagi memastikan sistem yang cekap dan tahan lama.

Sebagai rakan tenaga solar yang boleh dipercayai, Solar GO Energy berusaha untuk membentuk masa depan yang lebih hijau dan lestari melalui penggunaan tenaga bersih dan mesra alam.

Visi • Misi • Matlamat • Harapan

Visi • Misi • Matlamat • Harapan

Asas arah tuju dan komitmen SolarGO Energy

Visi
Untuk menerajui transformasi tenaga dengan menyediakan akses kepada inovasi tenaga solar yang mampan, sekaligus memperkasakan komuniti dengan penyelesaian tenaga yang efisien dan berdaya saing.
Misi
Menjadi jenama pilihan di seluruh Pantai Timur.
Matlamat
Mencapai kutipan tahunan melalui penyediaan penyelesaian tenaga solar yang berkualiti, inovatif, dan mampan, serta memperkukuhkan kepercayaan pelanggan melalui perkhidmatan profesional dan kepakaran teknikal.
Harapan
Untuk mencapai kejayaan dalam menyumbang setiap tahun bagi menyokong inisiatif kebajikan, pembangunan komuniti, dan pemerkasaan tenaga lestari, selaras dengan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial dan kelestarian.

KENALI PENGASAS KAMI?

Setiap syarikat hebat bermula dengan satu visi — dan di Solar GO Energy, visi tersebut diterajui oleh dua individu utama yang menjadi nadi kepada kepimpinan syarikat. Mereka bukan sahaja pengasas, tetapi juga pemacu kepada segala usaha, strategi dan hala tuju Solar GO Energy dalam membina masa depan tenaga lestari.
Dengan latar belakang yang kukuh dalam industri dan semangat keusahawanan yang tinggi, kedua-dua pengasas kami tampil membawa wawasan jelas untuk menjadikan tenaga solar sebagai solusi utama yang mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.
Mari kenali insan di sebalik kejayaan Solar GO Energy.

Profil – Mohamad Hazazi Qisti Ghazali
En. Mohamad Hazazi Qisti Ghazali
MOHAMAD HAZAZI QISTI GHAZALI
FOUNDER
Profil – Pn. Nur Hidayah (Potret Profesional)
Pn. Nur Hidayah Abdul Razak
PN. NUR HIDAYAH
CO-FOUNDER

CARTA ORGANISASI

Pasukan pengurusan di Solar GO Energy terdiri daripada individu-individu yang komited dan pakar dalam bidang masing- masing, berfungsi untuk memastikan syarikat ini terus maju dengan kepercayaan, profesionalisme, dan ketelitian dalam setiap projek yang dijalankan. Berikut adalah ahli utama dalam struktur pengurusan kami.

Ms. Sakina

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia

Nur Sakina Shazleen binti Muhamad Nizam bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia, fokus kepada pembangunan pekerja dan kebajikan kakitangan. Beliau memastikan setiap pekerja diberi sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang dalam kerjaya, dan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan produktif.

Ms. Izzan

Jabatan Kewangan

Izzan Nazihah Binti Suhaimi bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan syarikat, termasuk perancangan bajet. Beliau memastikan kewangan syarikat kekal stabil dan cekap, sambil mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dalam setiap urusan kewangan.

Mr. Faiz

Jabatan IT

Muhammad Faiz bertanggungjawab dalam menguruskan sistem teknologi maklumat syarikat, memastikan infrastruktur rangkaian, perkakasan dan perisian berjalan lancar. Beliau juga memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan teknikal harian, menjaga keselamatan data syarikat, serta meningkatkan kecekapan operasi melalui penyelesaian digital yang berkesan.

Ms. Nik

Jabatan Operasi

Nik Nur Atikah binti Nik Ariffin mengawasi semua operasi teknikal di GZE Solar. Beliau memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut standard keselamatan dan kualiti tertinggi, serta mematuhi jadual yang ditetapkan untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Mr Syahir

Jabatan Jualan dan Pemasaran

En. Syahir bertanggungjawab dalam menguruskan strategi jualan serta membangunkan hubungan pelanggan bagi meningkatkan prestasi syarikat. Beliau memainkan peranan penting dalam mengenalpasti peluang pasaran, menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk keperluan pelanggan, serta memastikan sasaran jualan tercapai dengan berkesan.

Kisah Kejayaan SolarGo Yang Memberi Inspirasi

Ketahui langkah mudah untuk beralih kepada tenaga solar mampan yang disesuaikan khas untuk kawasan Pantai Timur — dan mula berjimat bil elektrik anda hari ini.

Bagaimana SolarGo Memacu Penggunaan Tenaga Boleh Baharu

Kajian kes ini menceritakan bagaimana sebuah perniagaan serantau berjaya mengatasi cabaran tenaga dengan bekerjasama bersama SolarGo. Hasilnya, operasi mereka menjadi lebih cekap dan lebih lestari.

Meningkatkan Pertumbuhan dengan Penyelesaian Solar Tersuai

Kajian kes ini menyorot bagaimana perkhidmatan solar tersuai daripada SolarGo membantu sebuah syarikat mengoptimumkan kos tenaga sambil meningkatkan kebolehpercayaan operasi.